2012-08-15

Hack & Defcon : Sejarah dan Sumbangan Kepada Kita



Salam dan selamat sejahtera. Bulan puasa yang kini semakin menutup tirai. Pasti nya ia akan menjadi sejarah seperti sejarah - sejayah  yang terdahulu. Bercakap mengenai sejarah ni, tak ramai yang tahu akan sejarah mengenai Hack . Kali ini th3bAdh off topic dahulu mengenai hack dan backtrack. Mari kita baca satu tajuk yang boleh dikatakan hebat juga la dalam dunia hack-hack ni iaitu Defcon.

Pelikkan bunyi nnya. tapi bagi yang mengikuti dunia ni atau yang dah tahap Otai, adalah suatu perkara biasa, defcon ini adalah satu perjumpaan hacker tidak kira lah dari kalangan software engginer, penjenayah siber, pengkaji keselamatan, pakar pengubahsuaian hardware, cracker, CEO dan  pelbagai lagi jenis manusia yang tahap gila baban, asal kan ianya boleh di "hack". Perjumpaan ini diadakan setiap tahun di Las vegas,Nevada

Pasukan Sudoes sedang bertanding di dalam Pertandingan  Capture the Flag hacking pada  perjumpaan  DefCon di Las Vegas.

Apa yang diorang buat masa perjumpaan tu?. Inilah perkara yang paling menarik semua orang sehinggakan Agensi-agensi perundangan seperti FBI, Dod (Jabatan Pertahanan Amerika) dan macam –macam lagi la. Pendek kata, ia bukan perjumpaan yang calang-calang sehinggakan ada orang yang dikenakan tindakan undang-undang. Diorang ni akan berkumpul dan akan membincangkan, membentangkan teknologi, sejarah, dan semestinya vulrn /exploit terbaru yang belum pernah didedahkan/dibincangkan kepada media-media lain. Walaupun ianya adalah berkaitan “hack” tapi pelbagai acara yang diadakan semasa DEFcon ini, macam pertandingan ‘’lockpicking”,pertandingan cipta robot, seni dan logo dan Capture The Flag/ Menangkap Bendera. Acara menagkap bendera ni lah yang paling hangat sekali. Ianya adalah pertandingan serang dan bertahan menggunakan perisian dan struktur rangkaian . Kat Malaysia ini th3bAdh ada juga pernah hacking confrence tapi senyap je...tak ber kesan ke ape...hehehe..jangan marah

Pertandingan CTF pada Defcon 17

Defcon pada mula nya hanyalah diadakan semata untuk ucapan selamat tinggal, Iaitu  Jeff Moss (pengasas defcon) pada tahun 1992 kerana pemergian rakan-rakan dan geng-geng  hekes ke luar negara, tapi selepas parti itu diadakan, Kawan- kawan nya sentiasa mendesak sehinggalah ia dijadikan Acara tahunan. Walaupun ianya hanyalah pembetangan, tetapi terdapat juga insiden yang berlaku seperti  Dmitry Sklyarov programmer dari Rusia, di tahan kerana munulis program yang memecah format Adobe dan banyak lagi-lagi insiden yang berlaku pada DEFCON, tapi diorang ni tahap proffesional, kena saman pon, berjuta syarikat nak ambil sebagai perkerja. Kalau kat Malaysia ni, tunggulah polis datang rumah anda, dan bersiap untuk penjara kerana menguji sistem diorang..hehehe..
Adam Savage dari "mythbuster" memberi ucapan motivasi pada Defcon 17

Daripada Defcon inilah, banyak tool/exploit  yang terhasil/dilepaskan/diperkenalkan  kepada kita seperti MiTM, SET, SSLstrip, Evilgrade,dan macam –macam lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Laman rasmi Defcon. Video-video perjumpaan Defcon boleh ditonton di Youtube

Rujukan : Wikipedia

Salah satu video feveret th3bAdh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...