Salam semua, sebelum kita perlu lebih jauh tentang ilmu godam ini perlulah kita mengetahui dulu asas, bak kata orang putih nak ejas anak,kena pikat mak dulu,x begitu,pokoknya,kita perlulah mengetahui asas sesuatu perkara,kalau dah tahu asas,mudah la kita hendak melakukan tugas nya.Membebel dengan lebih panjang pun x guna kalau korang sendiri yang tidak faham pada mula. Ok,kita kembali semula kepada tajuk asal kita,"Apa itu Backtrack". Ni nak cerita sedikit, baca selur-selur,tak perlu kalut.
BackTrack adalah salah satu operating system yang menggunakan Ubuntu GNU/Linux distribution ianya dicipta untuk menguji keselamatan/hack . Versi yang terbaru sekarang BackTrack 5, diberi nama "Revolution."
Jadi,siapa yang biasa dengan ubuntu tahu lah serba sedikit. Yang tak tahu ni,tolong update sikit ye knowledge anda tentang ubuntu ni
didalam Backtrack, terpadat banyak tool/perisian tentang security/hack. Antaranya
- Metasploit (akan dibincangkan sedikit demi sedikit)
- RFMON Injection capable wireless drivers
- Aircrack-NG (tools untuk memecah wifi)
- Kismet
- Nmap
- Ophcrack
- Ettercap (Yang ni aku minat betul)
- Wireshark (formerly known as Ethereal)
- BeEF (Browser Exploitation Framework)
- Hydra
- dan banyak lagi, tak daya aku nak menyebutnya
BackTrack mebahagikan menu kepada 12 bahagian iaitu
- Information Gathering
- Vulnerability Assessment
- Exploitation Tools
- Privilege Escalation
- Maintaining Access
- Reverse Engineering
- RFID Tools
- Stress testing
- Forensics
- Reporting Tools
- Services
- Miscellaneous
Dulu aku pakai ubuntu untuk kegunaan harian, tetapi memandangkan aku suka pakai backtrack, aku buang je la,memang lah orang kata backtrack ni untuk pentesting, tapi ni kan open source, jadi suka hati aku lah nak buat macam mana pun. Habis lanyak aku buat backtrack aku macam Ubuntu. Tapi kalau ikut sebenarnya memang tidak sesuai pun kerana banyak tools asas bagi ubuntu tidak terdapat dalam backtrack, bagi pengguna lama ubuntu tahu lah, tapi aku tak risau pun, sebab semua tu boleh install dan pasang secara manual dan panduan dalam google pon banyak. Untuk pengguna baru, aku tidak syorkan anda buat macam aku ni..Okey, kita akan bersambung seterusnya di dalam artikel yang akan datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan